“Anda akan mendengar lebih lanjut mengenai perkara ini selepas ini,” katanya pada satu sidang media hari ini.
Pada Februari 2019, kerajaan telah membuka tender untuk kontrak membekalkan, menyelenggara dan menguruskan barisan kenderaan rasmi kerajaan yang akan digunakan untuk tempoh masa 15-tahun akan datang. Tender berkenaan dilaporkan telah menarik minat sekurang-kurangnya tujuh syarikat untuk membida konsesi baharu tersebut selepas konsesi Spanco tamat pada penghujung 2019.
Selain Konsortium Naza-Berjaya yang dibentuk dengan pemilikan 51:49 bagi membida kontrak berkenaan, syarikat lain yang turut membida adalah termasuk Sime Darby, DRB-Hicom, Samling Group, Comos, Go Auto dan syarikat sedia ada iaitu Spanco.
Menurut Tan, bidaan yang dibuat oleh JV Naza-Berjaya ketika itu adalah yang paling rendah dalam kalangan semua pembida.
Spanco menyelenggara barisan kenderaan kerajaan sejak 1994 sehingga konsesinya berakhir pada akhir 2018. Konsesi selama 25-tahun itu sepatutnya tamat pada Disember 2018, namun ia dipanjangkan sebanyak dua kali (enam bulan setiap kali) bagi menyelenggara kenderaan-kenderaan kerajaan sehingga akhir 2019. Konsesi itu dilanjutkan sekali lagi sehingga Jun 2020.
Dalam tempoh konsesi tersebut, barisan kenderaan kerajaan semuanya dipajak daripada Spanco bagi tempoh kitaran gantian setiap lima tahun, dan ia termasuk kenderaan yang digunakan oleh menteri dan pegawai kerajaan serta kereta peronda polis. Saiz dan jumlah konsesi berkenaan bagaimanapun masih belum didedahkan, tetapi ia dijangka akan ditawar berdasarkan jumlah barisan kenderaan sebanyak 12,500 unit pada 2020, kontrak berkenaan boleh mencecah nilai RM300 juta setahun bagi tahun kelima dan berikutnya.
Nak jual kereta anda? Jual dengan